Jumat, 07 Februari 2014

Tarikan UMNO untuk orang Melayu

Salam semua,







KUALA LUMPUR 2 Dis. - UMNO mampu kembali menjadi sebuah parti pilihan di hati orang Melayu negara ini sekiranya seluruh 140,000 ahli parti memurnikan proses transformasi politik dan kerajaan yang diterajui oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perwakilan negeri Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, perubahan tersebut merupakan proses game changer atau peneraju cara baru yang ditekankan oleh Presiden yang dilihat cenderung ke arah mengikut landskap politik tanah air pada masa kini.

“UMNO Terengganu melihat kalau kita tidak bersama-sama menyokong usaha game changeritu UMNO tidak akan melalui proses inovasi sebaliknya mulai lenyap.

“Sebab itu. kalau kita sama-sama murnikan proses baru itu, insya-Allah bukan sahaja kita boleh menang di Galas, Tenang, Merlimau tetapi UMNO akan kembali menang di Titiwangsa, Lembah Pantai, Kota Bharu, Indera Mahkota dan Kuala Terengganu,” katanya ketika membahas Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - Utusan







Tidak ada komentar:

Posting Komentar