Selasa, 11 Februari 2014

Ramsey Bawa Arsenal Ke Liga Juara Juara


ARSENAL mara ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menerusi agregat 5-0 selepas dua jaringan Aaaron Ramsey memastikan kemenangan 2-0 kelab London itu ke atas Fenerbahce pada aksi kedua playoff di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Selepas menang 3-0 pada aksi pertama playoff di Istanbul minggu lalu, Arsenal terus berkedudukan selesa apabila memperolehi gol pertama menerusi penyudah kemas Ramsey pada minit ke-25.

Arsene Wenger terus tersenyum apabila Ramsey sekali lagi menemui sasaran, kali ini menyudahkan dengan baik hantaran Theo Walcott pada minit ke-72 untuk gol kedua Arsenal.

Ini musim ke-16 berturut-turut Arsenal berjaya melayakkan diri beraksi di saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Undian peringkat kumpulan itu bakal berlangsung esok.

Dalam perkembangan lain, Liverpool berjaya melangkah ke pusingan ketiga Piala Liga selepas menewaskan Notts County 4-2 di Anfield pada aksi yang berlarutan ke masa tambahan, awal pagi tadi.

Liverpool mendahului 2-0 menerusi jaringan Raheem Sterling minit ke-4 dan Daniel Sturridge minit ke-29, namun pelawat berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada masa sebenar tinjauan jaringan Yoann Arquin minit ke-62 dan Adam Phillip minit ke-84.

Namun pada masa tambahan, Liverpool lebih cemerlang apabila berjaya menambah dua lagi gol menerusi Sturridge minit ke-105 dan Jordan Henderson minit ke-110 untuk kemenangan 4-2.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar