Kamis, 20 Februari 2014
Mohamad Aziz samakan Ambiga dengan Al Maunah
Harakahdaily
Hazayani Zakaria, | 28 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR, 28 Jun: Tindakan Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz menafikan bahawa beliau membuat kenyataan bersifat perkauman terhadap Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga disifatkan sebagai tidak relevan.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, Mohamad tidak boleh melepaskan diri dengan membuat penafian sedemikian sedangkan kenyataannnya itu tidak dipersetujui oleh MIC dan Ahli Parlimen BN Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sendiri.
"Beliau membuat kenyataan yang mengancam Datuk Ambiga dan kenyataan ini pun tidak dipersetujui MIC dan Ahli Parlimen Putarajaya sendiri.
"Oleh sebab itu beliau tidak boleh lari dengan menyatakan ini satu soalan seperti yang beliau sebut (dalam sidang media) pagi tadi.
"Ini adalah satu kenyataan, bukan satu soalan lagi sebab itu saya minta speaker buat ruling dan selepas mengamuk seketika, beliau (Mohamad) tarik balik.
"Kita beri pandangan secara waras, kita tidak mengamuk seperti beliau," kata Guan Eng pada sidang media di lobi Parlimen, sejurus Mohamad menarik balik kenyataannya dalam Dewan Rakyat.
Mohamad berbuat demikian setelah diarahkan oleh Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidy Jaafar ekoran tindakan Guan Eng yang bengun meminta satu keputusan dibuat berhubung kenyataan Mohamad yang disifatkan sebagai "keterlaluan".
Mohamad dalam ucapannya kelmarin bertanya sama ada Ambiga perlu digantung kerana menderhaka.
Beliau turut menyamakan tindakan Ambiga dengan kes Al-Maunah yang disifatkan sebagai contoh kepada sikap penderhakaan dan pengkhianatan kepada negara dan Yang di-Pertuan Agong.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, ternyata Mohamad "menjatuhkan hukuman" terhadap Ambiga apabila menyamakan beliau dengan Al-Maunah.
"Dalam kes ini dia telah jatuhkan keputusan bahawa tindakan Ambiga sama dengan Al Maunah.
"Soalan yang dikemukakann itu patutkah kita gantung dia (Ambiga) tapi keputusan dia dah buat.
"Kalau dia minta Ambiga disiasat itu tak apalah tapi dia kata Ambiga sama dengan Al Maunah yang sepatutnya digantung, tapi kenapa tak gantung, ini kenyataan keterlaluan," katanya.
template joomla
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar