Rabu, 05 Februari 2014

JPN N Sembilan Perluas Program MyDaftar


SEREMBAN – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sembilan akan memperluas program MyDaftar di negeri ini bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan yang disediakan jabatan itu.

Pengarah JPN negeri Mohd Faizal Abdul Manap berkata sehingga 21 Sept lepas, program MyDaftar diadakan di 21 kawasan di negeri ini.

“Program ini banyak membantu dalam penurunan permohonan daftar lewat kelahiran dan daftar lewat MyKad serta membantu masyarakat memahami prosedur berurusan di jabatan ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Program MyDaftar diperkenalkan bagi mengatasi masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan atau MyKad serta memberi khidmat nasihat perkara berkaitan perkahwinan dan kewarganegaraan.

“Selain pembukaan kaunter, kami juga menyediakan khidmat gantian MyKad secara bergerak dan pameran bagi mendedahkan rakyat perkara yang berkaitan dengan jabatan serta memberi kesedaran kepada penduduk setempat mengenai kepentingan dokumen pengenalan diri,” jelas Mohd Faizal.- BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar