Jumat, 07 Maret 2014
Pensyarah Dua Pelajar UTAR Sesat Ditemui

KAMPAR – Seorang pensyarah dan dua pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang sesat ketika mendaki Gunung Bujang Melaka di Kampung Batu Berangkai di sini Sabtu ditemui pukul 12.45 tengah hari Ahad.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata pensyarah Tang Ying Ying, 35, dan pelajarnya Goh Kae Min, 22 dan Yap Suan Zi, 21 ditemui kira-kira 500 meter dari empangan Sungai Kichap di gunung itu.
“Kesemua mangsa ditemui oleh lapan anggota bomba dan dua anggota polis. Ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung semula pukul 7 pagi tadi melibatkan seramai 117 anggota pasukan keselamatan antaranya polis, bomba, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Pertahanan Awam, Rela dan bomba sukarelawan.
“Pelbagai cara kita lakukan untuk mencari mangsa termasuk menggunakan perkhidmatan ‘trackers’ selain menggunakan helikopter dari Unit Udara Polis Diraja Malaysia Sungai Besi,” katanya sambil menambah mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk pemeriksaan lanjut.
Penolong Pengarah bahagian Latihan Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa tidak boleh turun berikutan keadaan di kawasan itu yang sangat cerun.
“Sejak malam Sabtu kita hubungi mangsa melalui SMS…namun mereka masih tidak ditemui. Saya SMS mereka semula pagi ini dan mereka mengatakan dengar bunyi lori, oleh itu saya kecilkan kawasan mencari,” katanya.
Mangsa yang turut dengar bunyi siren dan letupan mercun lebih memudahkan pasukan keselamatan mengesan mereka, katanya.
Ketiga-tiga mangsa dari cawangan UTAR Kampar mendaki gunung tersebut pada pukul 6 pagi semalam untuk tujuan latihan akademik.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang mangsa telah menghantar SMS seorang pelajar UTAR dengan menyatakan mereka sesat dan tidak tahu kedudukan mereka sebelum laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar. – BERNAMA
Kamis, 06 Maret 2014
Bapa Bagi Surat Pada Pengetua Tak Izin Anak Sertai Aktiviti Keagamaan Di Sekolah

Gambar hiasan
Tak pasti apakah rasionalnya hingga seorang bapa memberikan surat kepada pengetua agar mengecualikan anaknya daripada menyertai sebarang aktiviti keagamaan dan kerohanian termasuk bacaan yasin dan solat berjemaah di sekolah.
Menurut kandungan surat rasmi berkenaan ia diserahkan kepada pengetua sebuah sekolah di Putrajaya, Selasa lalu. Ia dipercayai sahih berdasarkan cop penerimaan oleh pihak sekolah.
Dalam surat berkenaan si bapa tidak memberikan perincian tentang sebab permohonannya itu namun mendakwa, dia sebagai bapa akan menjalankan tanggung jawab memberikan didikan dan asuhan agama yang sewajarnya.
Dia turut meminta agar pihak sekolah menghubunginya sendiri jika memerlukan penjelasan lanjut.

Surat ini mula disebarkan di laman-laman sosial sejak semalam, dengan kebanyakan orang mempertikaikan tindakan bapa tersebut.
Mungkin dia mempunyai alasan sendiri tapi diharapkan, tindakan itu sudah difikirkan semasak-masaknya. – Mynewshub
Rabu, 05 Maret 2014
SUKMA Ke 15 Bakal Diadakan Di Pahang Pada 7 Hingga 16 Julai 2012
Salam semua,

Kehangatan Sukan Malaysia atau SUKMA edisi ke-15 bakal dilangsungkan tak lama lagi di Pahang. Pastinya SUKMA kali ini akan memperlihatkan kehandalan jaguh-jaguh muda yang akan menyerlahkan bakat yang ada untuk peluang menyertai Kontigen Malaysia dalam acara yang berstatus antarabangsa.
Pahang, penganjur Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, sudah membelanjakan RM280 juta bagi pembangunan dan persediaan venue pertandingan untuk temasya itu yang bakal berlangsung di negeri itu dari 7 hingga 16 Julai depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Sukma Pahang Ahmad Hairi Hussain berkata, hari ini venue pertandingan kini 65 peratus siap selain venue bagi sukan menembak, renang dan ekuestrian pada tahap 50 peratus.
“Kami tidak menjangka kelewatan persiapan venue dan yakin menjelang Mei ini, kesemua gelanggang pertandingan akan siap sepenuhnya mengikut jadual,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma di sini.
Ahmad Hairi berkata Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) akan dijadikan sebagai perkampungan atlet bagi Sukma 2012 itu bersama 13 tempat penginapan di sekitar Pahang.
“Bagi penginapan atlet, kami telah memutuskan bahawa jarak tempat penginapan dengan venue pertandingan tidak akan melebihi 20 minit perjalanan,” katanya.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, 24 acara sukan akan dipertandingkan di Sukma itu dengan 382 pingat emas, 382 perak, dan 455 gangsa ditawarkan.[sumber]
Selasa, 04 Maret 2014
Kentut Termahal Dunia
Kentut Termahal Dunia - BAU kentut yang pekat pasti meloyakan tekak sesiapapun termasuk seorang warga Sweden, Göran Andervass.
Namun, lelaki pendiam yang berumur 53 tahun ini berjaya mendapatkan pampasan sebanyak AS$100,000 (RM305,832) hanya kerana dia tidak tahan dengan bau kentut seorang pelanggannya.
Jurukomputer Bank Sweden itu dalam satu perbicaraan di mahkamah pada 2003 memberitahu, seorang pelanggan bank membuang angin semasa mereka mengadakan perbincangan tetapi bau yang amat busuk mencetuskan satu pertengkaran.
Peristiwa itu bukan sahaja menarik perhatian rakan sekerjanya tetapi pengurus bank bertugas.
Andervass dan pelanggan yang juga seorang lelaki itu kemudian dipanggil ke bilik majikannya untuk menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku.
Malangnya, pelanggan itu berkeras mengatakan dia tidak kentut. Hasilnya, Andervass dipecat dengan alasan sengaja mereka cerita.
Namun, lelaki ini tidak berpuas hati dan menuntut gantirugi di mahkamah. Hakim mengarahkan majikan Andervass membayar gantirugi sebanyak RM305,832 kerana memecatnya tanpa alasan yang kukuh.
Lain pula halnya yang berlaku di Florida, Amerika Syarikat (AS).
Kentut kambing
Seorang pelajar sebuah sekolah digantung daripada menaiki bas sekolah selama tiga hari gara-gara melepaskan kentut yang amat busuk.
Kejadian pada Mac 2009 itu menyebabkan pemandu bas berkenaan mengisi satu borang kelakuan tidak senonoh dengan mendakwa tindakan remaja berusia 15 tahun itu turut menyebabkan pelajar lain sesak nafas di dalam bas.
Pegawai sekolah Polk County, Florida berkata, kesalahan kentut tidak digariskan dalam peraturan, namun kentut menyebabkan kekacauan di dalam bas tertakluk dalam peraturan.
Bagaimanapun pelajar terbabit menafikan dakwaan itu dan mengatakan bukan dia yang melepaskan angin.
Kes-kes lucu berkaitan melepaskan kentut turut membabitkan haiwan.
Di Sydney, Australia, seorang penternak membuat panggilan kecemasan setelah terhidu ‘gas bocor’ namun sangkaannya meleset setelah diberitahu ia adalah bau kentut babi peliharaannya.
Seramai 15 anggota dan dua jentera bomba dikerah ke ladang yang terletak di Axedale, Victoria.
“Kami menjumpai seekor babi betina bersaiz besar dengan anggaran berat 120 kilogram. Kami percaya gas bocor itu datang daripada babi tersebut.
“Walaupun tidak terhidu gas tersebut kami dapat mendengar bunyi kentut keluar dengan jelas, lucu sungguh,” kata pegawai bomba, Kapten Peter Harkins.
Tambahnya, pemilik babi tersebut kelihatan malu manakala petugas bomba mengambil masa untuk menenangkan diri.
“Kami menangani kes itu dengan profesional tetapi kami ketawa terbahak-bahak sebaik tiba di balai,” kata Harkins.
Di New Zealand, para penternak ladang perlu membayar ganti rugi kepada negara dalam bentuk cukai setiap kali ternakan mereka khususnya lembu membuang angin.
Ia menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan para penternak. Dakwa penternak, apalah salahnya jika lembu melepaskan kentut.
“Kentut merupakan satu perkara yang sudah menjadi lumrah semua kehidupan,” kata salah seorang penternak.
Sekeras mana pun bantahan yang disuarakan, kerajaan Wellington telah pun menguatkuasakan undang-undang pelik itu.
Kentut cegah kanser
Peraturan itu merupakan sebahagian daripada agenda kerajaan bagi memenuhi komitmen di bawah Protokol Kyoto.
Menerusi perundingan itu, New Zealand bersetuju untuk mengurangkan pemanasan global.
Salah satunya ialah meminimumkan pengeluaran gas metana. Metana (CH4) dibebaskan semasa pengtinjauanan arang batu, gas asli, hidrokarbon dan daripada kentut haiwan ternakan.
Dalam satu kajian lain, kambing, lembu dan rusa mengtinjauankan sejumlah besar gas metana melalui kentut dan sendawa.
Berikutan itu, haiwan ternakan di New Zealand dipercayai mengtinjauankan pembebasan gas metana lebih 90 peratus.
Dianggarkan, seekor lembu akan mengeluarkan purata 350 liter metana dan 1,500 liter karbon dioksida sehari melalui kentut serta sendawa.
Seorang doktor dari Perancis pula mendakwa kentut mampu mencegah penyakit kanser.
Malah, Dr. Frederic Saldmann menyarankan kepada semua masyarakat dunia supaya memberanikan diri untuk membuang angin.
“Baik daripada mulut (sendawa) mahupun daripada ‘bawah’ (kentut) perbuatan itu boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.
Beliau dalam buku tulisannya Le Grand Menage menjelaskan, gas yang terdapat dalam tubuh manusia lazimnya akan keluar melalui dua cara.
Pertama melalui mulut yang diistilahkan sebagai sendawa dan kedua daripada bawah iaitu kentut.
Saldmann menganjurkan agar semua orang boleh mengeluarkan kedua-duanya secara spontan, bila-bila masa saja yang diinginkan, tanpa menahan dan melakukannya dengan cara sembunyi-sembunyi kerana malu.
“Ini kerana, membuang gas daripada tubuh sebanyak dua liter dalam sehari merupakan satu perkara yang semulajadi serta baik untuk kesihatan.
“Jangan memandai-mandai untuk menahan kentut atau sendawa kerana ia berbahaya, terutama bagi kelangsungan usus besar,” kata Saldmann.
Tambahnya, menahan udara di dalam perut secara klinikal dikenal pasti akan meningkatkan penyakit jantung.
“Gas itu juga menyebabkan organ-organ di dalam badan terjejas jika tidak dilepaskan mengikut masa yang ditetapkan,” katanya. – Agensi
Senin, 03 Maret 2014
Tato Bola Mata Jadi Trend Dalam Penjara
Tato bola mata menjadi trend bagi para banduan di AS
Banyak dari kita tidak mengetahui tentang trend yang berkembang di balik jeruji besi penjara, tapi ada dua hal yang paling menonjol di kalangan banduan yaitu Tatoo dan tindik tubuh atau Body Piercing.
Namun dua orang tahanan yaitu David Boltjes dan Paul Inman, telah memulai sebuah tren lain yaitu tato mata, dimana orang dapat mengubah warna bola matanya menjadi berwarna biru atau bahkan merah.
Ketika ditanyai mengapa ia akan melakukan hal tersebut untuk dirinya, David Boltjes yang mentato matanya menjadi berwarna merah secara puitis berkomentar.
“Anda tidak boleh bertanya mengapa … pertanyaan sesungguhnya adalah mengapa tidak,” tuturnya.
Sesama banduan lainnya, Paul Inman yang mentato matanya dengan warna biru menjelaskan bahawa sekarang, tak seorang pun di dunia ini yang memiliki warna yang sama dengan dia.
Namun kedua orang ini tidak mengatakan bagaimana mereka bertinjauan mewarnai bola mata mereka, tetapi keduanya sepakat menjawab bahawa proses pembuatan tato itu sangat menyakitkan. manadotoday
Minggu, 02 Maret 2014
Putera Arab Saudi Rogol Bunuh Dan Campak Wanita Tepi Jalan

TEHRAN, 2 Jun (MNA) – Polis di Jeddah, Arab Saudi telah mengesahkan berita bahawa seorang gadis telah dirogol dan dibunuh oleh seorang putera Saudi.
Skandal itu merupakan satu lagi dalam satu rangkaian skandal moral dan etika pada raja-raja rasuah Saudi yang korup dan jenayah mereka terhadap rakyat Saudi.
Cerita ini bermula apabila saksi di Samer, pinggir bandar Jeddah, melihat perempuan digugurkan daripada kereta JMC. Rakyat yang menyaksikan peristiwa itu segera membaluti gadis dengan selimut dan menghubungi polis.
Selepas polis tiba, siasatan awal menunjukkan bahawa gadis itu telah meninggal dunia. Nombor plat JMC dimasukkan ke dalam sistem pengawasan kereta polis trafik dan ia menunjukkan bahawa ia dipunyai oleh seorang putera Saudi.
Kemudian, siasatan menyeluruh telah dilancarkan, dengan keputusan awal bahawa putera itu tidak lain tak bukan ialah Khalid bin Sa’ad bin Abdul Aziz al-Saud, yang, bertemu dengan gadis itu pada malam Rabu di pusat membeli-belah Al-Tuhayat . Gadis itu mencabar putera raja berkenaan.
Gadis itu diculik oleh sekutu itu putera dan dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui di mana beliau telah diserang secara seksual. Apabila dia cuba melarikan diri, dia dibunuh dan mayatnya dicampak di tepi jalan.
Tetapi media dikawal kerajaan tidak melaporkan apa-apa kejadian. Kalaulah tidak kerana media antarabangsa dan internet, kebanyakan cerita-cerita ini tidak akan diketahui umum.
Sabtu, 01 Maret 2014
PAS perihatin melawat bekas pelakon yang terlantar di hospital
Bekas pelakon gembira terima kunjungan PAS
| Harakahdaily, | 16 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Jelas terpancar senyuman kegembiraan di wajah seorang bekas pelakon tanah air yang kini sedang terlantar sakit di hospital sejak 3 bulan lalu apabila menerima kunjungan Ketua Penerangan PAS Kawasan Larut, Mohd Akmal Kamaruddin, baru-baru ini. Pelakon tersebut, Radi Mat Isa, 50, pernah membintangi beberapa buah filem pada era 80-an, antaranya ‘Panglima Badul’, ‘Hong Kong Angel 2’, ‘Tuan Besar’ dan lain-lain lagi.
Akmal yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak berkata, pelakon tersebut yang sebelum ini banyak membuat persembahan di pentas-pentas Felda selepas tidak lagi terbabit dalam dunia lakonan telah dimasukkan ke Hospital Selama pada bulan Julai yang lalu bagi menjalani satu pembedahan membuang satu ketumbuhan di bawah punggung.
Walau bagaimanapun jelas Akmal, selepas pembedahan itu Radi telah mengalami satu komplikasi yang mengakibatkan kedua-dua kakinya lumpuh.
Sebak melihat penderitaannya itu, Akmal berkata pihaknya amat berharap agar Persatuan-persatuan seperti Seniman, Karyawan dan mana-mana persatuan yang ditubuhkan untuk membela nasib golongan artis di negara ini agar mengambil perhatian serius akan hal yang menimpa bekas pelakon tersebut.
“Pihak kami mengalu-alukan juga sumbangan daripada orang ramai yang prihatin dan sumbangan tersebut boleh disalurkan terus ke akaun Maybank bernombor 158305335259 atas nama Madrazhid bin Isa,” jelas Akmal lagi. - http://persepsikitaberbeza.blogspot.com
Langganan:
Postingan (Atom)