Tampilkan postingan dengan label pada. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pada. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Maret 2014

Bapa Bagi Surat Pada Pengetua Tak Izin Anak Sertai Aktiviti Keagamaan Di Sekolah



Gambar hiasan

Tak pasti apakah rasionalnya hingga seorang bapa memberikan surat kepada pengetua agar mengecualikan anaknya daripada menyertai sebarang aktiviti keagamaan dan kerohanian termasuk bacaan yasin dan solat berjemaah di sekolah.

Menurut kandungan surat rasmi berkenaan ia diserahkan kepada pengetua sebuah sekolah di Putrajaya, Selasa lalu. Ia dipercayai sahih berdasarkan cop penerimaan oleh pihak sekolah.

Dalam surat berkenaan si bapa tidak memberikan perincian tentang sebab permohonannya itu namun mendakwa, dia sebagai bapa akan menjalankan tanggung jawab memberikan didikan dan asuhan agama yang sewajarnya.

Dia turut meminta agar pihak sekolah menghubunginya sendiri jika memerlukan penjelasan lanjut.


Surat ini mula disebarkan di laman-laman sosial sejak semalam, dengan kebanyakan orang mempertikaikan tindakan bapa tersebut.

language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Komen kebanyakan orang, di saat sesetengah ibu bapa banyak bergantung pada pihak sekolah untuk menerapkan didikan agama kerana masa di sekolah lebih panjang dalam hidup pelajar, nampaknya bapa ini mempunyai pendirian sebaliknya.

Mungkin dia mempunyai alasan sendiri tapi diharapkan, tindakan itu sudah difikirkan semasak-masaknya. – Mynewshub
Read More..

Rabu, 05 Maret 2014

SUKMA Ke 15 Bakal Diadakan Di Pahang Pada 7 Hingga 16 Julai 2012

Salam semua,





Kehangatan Sukan Malaysia atau SUKMA edisi ke-15 bakal dilangsungkan tak lama lagi di Pahang. Pastinya SUKMA kali ini akan memperlihatkan kehandalan jaguh-jaguh muda yang akan menyerlahkan bakat yang ada untuk peluang menyertai Kontigen Malaysia dalam acara yang berstatus antarabangsa.
Pahang, penganjur Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, sudah membelanjakan RM280 juta bagi pembangunan dan persediaan venue pertandingan untuk temasya itu yang bakal berlangsung di negeri itu dari 7 hingga 16 Julai depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Sukma Pahang Ahmad Hairi Hussain berkata, hari ini venue pertandingan kini 65 peratus siap selain venue bagi sukan menembak, renang dan ekuestrian pada tahap 50 peratus.
“Kami tidak menjangka kelewatan persiapan venue dan yakin menjelang Mei ini, kesemua gelanggang pertandingan akan siap sepenuhnya mengikut jadual,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma di sini.
Ahmad Hairi berkata Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) akan dijadikan sebagai perkampungan atlet bagi Sukma 2012 itu bersama 13 tempat penginapan di sekitar Pahang.
“Bagi penginapan atlet, kami telah memutuskan bahawa jarak tempat penginapan dengan venue pertandingan tidak akan melebihi 20 minit perjalanan,” katanya.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, 24 acara sukan akan dipertandingkan di Sukma itu dengan 382 pingat emas, 382 perak, dan 455 gangsa ditawarkan.[sumber]
Read More..

Kamis, 26 Desember 2013

Warga China bersimpati pada lelaki pengebom lapangan terbang Ini alasannya

TRIBUNNEWS.COM, BEIJING - Warga China memberikan simpatinya kepada Ji Zhongxing pelaku ledakan bom di Lapangan Terbang Internasional Beijing, China, Sabtu (20/7/2013), waktu setempat.

Sejumlah media massa, dan blog di China menyebutkan Ji merupakan mangsa penganiayaan oknum pegawai polis  di tahun 2005. Dan aksinya di Lapangan Terbang Internasional Beijing, dipercayai didorong oleh hal tersebut.

Beijingnews, dalam pemberitaanya mengatakan, bahawa Ji yang meledakkan bahan peledak berukuran kecil yang dibawanya menggunakan kerusi roda, merupakan usaha untuk menarik perhatian pada kesnya tanpa merugikan orang lain.

Aksinya hanya melukai dirinya sendiri dan seorang anggota polis  Lapangan Terbang Internasional Beijing. "Ia memperingatkan mereka yang melewatinya.. Benar-benar seorang lelaki yang baik hati yang berani berdiri dan mengatakan mereka lebih benar dari dia," ujar Zhao Xiao, seorang profesor di Institut Teknologi Beijing dalam akaun sosial media Sina Weibo miliknya, seperti dikutip dari Asiaone.com, Minggu.

"Saya berharap pihak keselamatan akan memahami, atau mereka akan memicu lingkaran setan," tulis seorang pengguna Weibo lainnya, seorang peguam bernama Yuan Yulai.

Seorang lelaki cacat yang meledakan bom yang dibawanya di Lapangan Terbang  Internasional Beijing, China, Sabtu (20/7/2013), dikenali bernama Ji Zhongxing seorang warga Provinsi Shandong, China.

Lelaki yang duduk di atas kerusi roda itu, menurut pemberitaan New.com.au, tidak kehilangan nyawanya, meskipun menderita cedera serius. (asiaone.com)
Read More..