Kamis, 06 Maret 2014
Bapa Bagi Surat Pada Pengetua Tak Izin Anak Sertai Aktiviti Keagamaan Di Sekolah
Gambar hiasan
Tak pasti apakah rasionalnya hingga seorang bapa memberikan surat kepada pengetua agar mengecualikan anaknya daripada menyertai sebarang aktiviti keagamaan dan kerohanian termasuk bacaan yasin dan solat berjemaah di sekolah.
Menurut kandungan surat rasmi berkenaan ia diserahkan kepada pengetua sebuah sekolah di Putrajaya, Selasa lalu. Ia dipercayai sahih berdasarkan cop penerimaan oleh pihak sekolah.
Dalam surat berkenaan si bapa tidak memberikan perincian tentang sebab permohonannya itu namun mendakwa, dia sebagai bapa akan menjalankan tanggung jawab memberikan didikan dan asuhan agama yang sewajarnya.
Dia turut meminta agar pihak sekolah menghubunginya sendiri jika memerlukan penjelasan lanjut.
Surat ini mula disebarkan di laman-laman sosial sejak semalam, dengan kebanyakan orang mempertikaikan tindakan bapa tersebut.
Mungkin dia mempunyai alasan sendiri tapi diharapkan, tindakan itu sudah difikirkan semasak-masaknya. – Mynewshub
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar