Rabu, 05 Maret 2014

SUKMA Ke 15 Bakal Diadakan Di Pahang Pada 7 Hingga 16 Julai 2012

Salam semua,





Kehangatan Sukan Malaysia atau SUKMA edisi ke-15 bakal dilangsungkan tak lama lagi di Pahang. Pastinya SUKMA kali ini akan memperlihatkan kehandalan jaguh-jaguh muda yang akan menyerlahkan bakat yang ada untuk peluang menyertai Kontigen Malaysia dalam acara yang berstatus antarabangsa.
Pahang, penganjur Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, sudah membelanjakan RM280 juta bagi pembangunan dan persediaan venue pertandingan untuk temasya itu yang bakal berlangsung di negeri itu dari 7 hingga 16 Julai depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Sukma Pahang Ahmad Hairi Hussain berkata, hari ini venue pertandingan kini 65 peratus siap selain venue bagi sukan menembak, renang dan ekuestrian pada tahap 50 peratus.
“Kami tidak menjangka kelewatan persiapan venue dan yakin menjelang Mei ini, kesemua gelanggang pertandingan akan siap sepenuhnya mengikut jadual,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma di sini.
Ahmad Hairi berkata Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) akan dijadikan sebagai perkampungan atlet bagi Sukma 2012 itu bersama 13 tempat penginapan di sekitar Pahang.
“Bagi penginapan atlet, kami telah memutuskan bahawa jarak tempat penginapan dengan venue pertandingan tidak akan melebihi 20 minit perjalanan,” katanya.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, 24 acara sukan akan dipertandingkan di Sukma itu dengan 382 pingat emas, 382 perak, dan 455 gangsa ditawarkan.[sumber]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar