Senin, 17 Maret 2014
Yasmin Kesal Foto Perutnya Terdedah Disebarkan Dakwa Ia Koleksi Peribadi
“Gambar tersebut adalah untuk koleksi peribadi saya,” ujar pelakon serta pengacara cantik, Yasmin Hani Richardson ketika diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kontroversi miliknya yang kini menjadi bualan hangat di laman-laman blog tempatan.
Gambar yang menampakkan bahagian perut Hani yang kini sedang hamil 32 minggu itu mendapat kecaman serta kritikan teruk daripada peminat, di mana rata-rata mereka mempersoalkan mengenai tindakan pelakon filem ‘Duyung’ itu yang seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti masyarakat.
“Saya sedih dengan mentaliti orang kita sekarang. Kalau artis saja, semua benda salah. Gambar itu bukan untuk tatapan umum tapi sebenarnya untuk simpanan peribadi saya sendiri. Lukisan tersebut dilakukan oleh anak saudara perempuan saya di mana dia memang suka dengan kerja-kerja seni sebegini,” jelas Hani kepada GUA.
Bagi saya, dah jadi macam satu viral masyarakat kita sekarang ini asyik berfikiran negatif saja. Tak penat ke mereka ini asyik nak buka aib orang lain saja. Kalau mereka baik, hati suci murni, kenapa mereka nak sebarkan perkara ini dan aibkan saya. Mana letaknya hati suci mereka itu.
Kenapa bila saya ‘post’ perkara tentang kebajikan, tak nak pula mereka sebar-sebarkan? Saya tahu saya tak sempurna tapi saya tak pernah ceroboh privasi orang apatah lagi mengaibkan orang. Saya hormat orang lain dan saya rasa sedih sangat bila mereka buat saya begini,” luah Yasmin lagi.
“Saya harap individu yang gemar sebar aib orang ini dapat muhasabah dirinya dan berhenti mengaibkan orang. Lebih baik luangkan masa dengan buat perkara yang bagus untuk tingkatkan prestasi sendiri. Jangan asyik nak cakap pasal kisah dunia akhirat orang lain saja,” ujar isteri kepada Sha’arin Razali ini lagi.
“Tidak dinafikan suami saya terkejut dengan isu ini namun dia banyak tenangkan saya. Dia cakap jangan layan orang yang berfikiran negatif ini dan biar mereka dengan dosa mereka. Asalkan kita tak buat orang sudah. Apapun, siapa yang buka aib saya, harap mereka tahu dan sedar apa yang mereka dah buat pada wanita mengandung. Mereka dah aibkan saya dan Allah akan balas balik perbuatan mereka.”
Sebelum mengakhiri perbualan, Hani turut berkongsi yang mereka kini dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah program mengenai kehamilannya di mana ia akan diterbitkan sendiri oleh syarikat produksi milik Sha’arin iaitu Blublack Productions Sdn Bhd. – Gua.com.my
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar