Minggu, 22 Desember 2013

Mahkamah Batal Larangan Ke Atas Buku Irshad Manji


KUALA LUMPUR – ZI Publications Sdn Bhd pada Khamis berjaya dalam usahanya untuk membatalkan perintah larangan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri ke atas buku karya Irshad Manji yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melaysia bertajuk ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof membenarkan permohonan syarikat penerbitan itu bagi semakan kehakiman untuk membatalkan perintah larangan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 pada Mei tahun lepas terhadap penerbitan, pengedaran dan pemilikan buku itu.

Peguam mewakili ZI Publications, K. Shanmuga dan Nizam Bashir berkata dengan keputusan itu, buku itu, diterbitkan oleh syarikat anak guamnya, kini bebas untuk pengedaran di pasaran.

Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail, mewakili responden, berkata beliau akan mendapatkan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara mengenai tindakan seterusnya.

Pengarah ZI Publications Mohd Ezra Mohd Zaid berkata beliau gembira dengan keputusan itu. – mStar Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar