Senin, 16 Desember 2013
DAP berpandangan jauh Tidak terpengaruh dengan kumpulan serpihan
DAP berpandangan jauh : Yang penting pendirian pimpinan Pas Pusat
sinarharian
11 November 2012
11 November 2012
SHAH ALAM – Tuntutan beberapa ahli Pas yang berharap parti itu mengkaji semula hubungan dengan DAP dan PKR disifatkan sebagai kebebasan bersuara.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, adalah menjadi kebiasaan jika di peringkat akar umbi berbeza pandangan walaupun mempunyai pemikiran yang sama.
“Apa yang penting bagi kami (DAP) ialah apa yang pimpinan tertinggi Pas cakap.
“Selebihnya saya tidak boleh komen. DAP tidak ambil serius perkara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Semalam, beberapa ahli Pas yang menganjurkan forum bertajuk Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal dan resolusi yang dicapai dalam perbincangan itu ialah mendesar parti itu mengkaji semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat (PR).
Sementara itu, Pas Pusat menyifatkan segelintir ahli Pas Selangor menganjurkan satu forum itu yang secara terbuka mendesak parti itu kembali ke landasan asal perjuangan termasuk mengkaji semula hubungan dengan DAP, sebagai golongan bermasalah.
Malah, parti itu juga mendakwa penganjuran program sedemikian satu “fenomena biasa” menjelang pilihan raya umum.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, ada di antara mereka yang hadir merupakan ahli yang telah dipecat atas masalah disiplin dan ada yang ditolak sendiri oleh ahli-ahli Pas di bahagian masing-masing.
Label:
berpandangan,
dap,
dengan,
jauh,
kumpulan,
serpihan,
terpengaruh,
tidak
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar