Tampilkan postingan dengan label atas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label atas. Tampilkan semua postingan
Kamis, 27 Februari 2014
Lelaki ini suka guling guling atas tahi lembu
16 Nov 2013
Ilustrasi sapi. ©2013 Merdeka.com/Shutterstock/Gerard Koudenburg
Lelaki asal England David Truscott mempunyai kebiasaan aneh. Dia suka bercinta dengan kotoran lembu. Dia mengaku merasakan kenikmatan seksual ketika berguling-guling di atasnya.
Surat khabar the Huffington Post melaporkan, Sabtu (15/11), mulanya dia dikirim ke rumah sakit jiwa sebab kebiasaannya ini. Namun akhirnya dia dikirim ke penjara di Kota Exeter setelah polis membaca laporan dari doktor merawat dia. Truscott melakukan itu dengan sedar.
Lelaki 44 tahun itu melakukannya di sebuah peternakan milik keluarga petani dan setelah keluarga itu mengusir dia, Truscott mengancam bakal membakar peternakan beserta rumah si petani.
Padahal Truscott sudah dipenjara dua kali sebab kebiasaannya ini. Namun setelah dibebaskan dia selalu kembali ke peternakan untuk berguling-guling di atas najis lembu itu. Mahkamah mengatakan perkara Truscott sudah siap dibicarakan dan akan ditentukan kemudian apakah dia dikirim ke penjara atau rumah sakit jiwa.
Peguam Truscott, Michael Melville mengatakan pada mahkamah kliennya seorang lelaki aneh dengan kebiasaan aneh. "Dia terisolasi. Dia memerlukan bantuan," ujarnya.
disunting dari Merdeka.com
Minggu, 22 Desember 2013
Mahkamah Batal Larangan Ke Atas Buku Irshad Manji

KUALA LUMPUR – ZI Publications Sdn Bhd pada Khamis berjaya dalam usahanya untuk membatalkan perintah larangan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri ke atas buku karya Irshad Manji yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melaysia bertajuk ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof membenarkan permohonan syarikat penerbitan itu bagi semakan kehakiman untuk membatalkan perintah larangan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 pada Mei tahun lepas terhadap penerbitan, pengedaran dan pemilikan buku itu.
Peguam mewakili ZI Publications, K. Shanmuga dan Nizam Bashir berkata dengan keputusan itu, buku itu, diterbitkan oleh syarikat anak guamnya, kini bebas untuk pengedaran di pasaran.
Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail, mewakili responden, berkata beliau akan mendapatkan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara mengenai tindakan seterusnya.
Pengarah ZI Publications Mohd Ezra Mohd Zaid berkata beliau gembira dengan keputusan itu. – mStar Online
Langganan:
Postingan (Atom)